Rabu, 30 September 2009

Kena Stoploss Untuk EURGBP and USDCAD!

Wah!... memang sakit hati tapi nak buat camna. Ni la kali kedua EURGBP kena stoploss dalam akaun InstaForex dan FXDD dalam masa sebulan. Bagi USDCAD pula ni la kali pertama kena stoploss. Total rugi dekat USD800!!!
Dahla saya letak extreme settings untuk kedua2nya. Tapi tak mengapa, kita tengok bulan October macam mana pula.
Bergantung pada result bulan depan, kalau kena lagi stoploss, kemungkinan besar terpaksa ubah setting atau buang terus matawang EURGBP buat sementara waktu. Tengok dalam forum FAP Turbo, banyak juga orang yang kena.
EURCHF pula cukup stabil. Tak pernah kalah untuk InstaForex dan FXDD cuma kalah kecil. Kemungkinan besar pada masa depan akan guna EURCHF dan USDCAD sahaja untuk trading.
Kepada members FreeStyleCash, jangan rasa bimbang kerana saya hanya guna setting low/medium sahaja untuk korang. So, korang takkan kena kalah yang teruk seperti aku. Akaun aku lebih kepada untuk eksperimen dan tengok sejauh mana Robot FAP Turbo boleh pergi.

Ahad, 27 September 2009

Forex Megadroid Versi 1.21!

Haha... nampaknya pengeluar MD sedar ada bugs dalam robot versi 1.2 sebab tak sampai seminggu diorang dah keluarkan versi 1.21.
  Aku baru je update versi terbaru dan letakkan robot tu di akaun FXDD aku. Sebelum ni aku pakai kat InstaForex. Sebab tukar mudah je, spread FXDD lebih rendah. Aku menaruh harapan tinggi pada MD. Robot yang dalam 100x trading, kalah dalam 2-3 kali je.

Fendi Forex

Jumaat, 25 September 2009

Pengumuman! - Announcement!

Kepada sesiapa yang ingin bantuan untuk saya tolong setup robot Forex, VPS server atau Broker, boleh berjumpa dengan saya di kawasan Subang Jaya, Petaling Jaya, Kelana Jaya atau KL bergantung kepada jika saya ada masa terluang. Kepada yang tinggal di luar KL pun bleh hantar email dan kita boleh bincang. Sila buat temu janji dengan menghantar email ke admin@freestylecash.com.
  Saya membuat perkhidmatan ini secara percuma! sebab saya mendapat komisen dari internet jadi tak perlu membayar upah. Saya juga akan memberi setting robot saya setiap minggu dan bantuan nasihat.

Jika anda buat sendiri pun terpaksa membayar harga yang sama jadi anda tak rugi bahkan amat menguntungkan kerana saya akan mengajar selok belok bagaimana hendak bermula dalam Forex.

 Untuk berbincang atau bertanya soalan boleh juga hantar email tetapi saya lebih suka kita berbincang dalam Forum di http://www.freestylecash.com/phpBB3/index.php

  Saya akan membuat satu ruang untuk ahli sahaja di masa depan disebabkan terlampau ramai orang sekarang dan saya perlu fokus untuk memberi khidmat yang baik kepada semua orang. Jadi bagi sesiapa yang menggunakan khidmat percuma saya, akan secara automatik menjadi ahli dan mendapat keistimewaan.

P/S: Bagi sesiapa yang membeli Robot FAP Turbo atau Forex Megadroid melalui link di website saya di http://www.freestylecash.com atau di blog saya ini, Sila email kepada saya resit Clickbank anda untuk mendapat setting percuma setiap minggu


__________________________________________________________________________________

To anyone who wants my advice/support on setting up Forex robot, VPS server or Broker, can meet me up in these areas Subang Jaya, Petaling Jaya, Kelana Jaya or KL subject to my free time. To anyone who resides outside KL also we can arrange something. Can make an appointment by sending an email to admin@freestylecash.com.
This is a free service! because I get commisision from the internet so you don't need to pay me any fees. I would also give you my weekly robot settings and advice.

  If you do it yourself, you still need to pay the same price. Why not use my free service and get advice for those newbies out there.

  To discuss or ask questions, you can send email to me but I prefer that we discuss in my Forum at http://www.freestylecash.com/phpBB3/index.php

 I will be setting up a members only zone soon because of too many people already for me to support. So, for anyone who uses my free service would get this privilege free. 

P/S: To anyone who bought FAP Turbo or Forex Megadroid from my website at http://www.freestylecash or in my Blog here, please email me your Clickbank receipt to get your free weekly settings.

Fendi Forex

Update Mingguan Live Trading 21-25 September 2009

Salam Semua,

  Saya baru balik dari kampung dan sekarang berada di KL. Check hasil minggu ni kira rugi sikit. Sila rujuk di bawah untuk details by broker:

FXDD
i) EURCHF
win = 6
draw = 1
lose = 1
Profit = 13.54

ii) EURGBP
win = 3
Profit = 26.65
iii) USDCAD
Win = 2
Lose = 1
Profit = 6.63

Total = Untung USD 46.82 (sila rujuk http://tarapapa.mt4live.com untuk statement)

Setting yang akan diubah untuk minggu depan untuk FXDD:
i) Keluarkan carta EURCHF yang menggunakan setting default sebab keuntungannya terlampau sedikit
ii) Masukkan Forex Megadroid (MD) untuk trade EURUSD sebab FXDD mempunyai spread rendah = 2 sesuai untukMD.

InstaForex
i) EURUSD
win = 3
draw = 1
lose = 3
Lose = 47.64

ii) EURGBP
win = 4
Profit = 26.12

iii)USDCAD
Win = 2
Lose =1 
Profit = 3.60

iv) EURCHF
Win =2
Profit = 12.05
v)GBPCHF
Win = 2
Lose = 1
Lose = 43.26

Total = Rugi USD 49.13 (sila rujuk http://tarapapa1.mt4live.com untuk statement)


Setting yang akan diubah untuk minggu depan InstaForex:
i) Keluarkan robot Forex Megadroid sebab InstaForex menggunakan spread 3 untuk matawang EURUSD
ii) Keluarkan carta GBPCHF yang gunakan setting default sebab setelah 2 minggu kerugiannya terlampau besar

Fendi Forex

Selasa, 22 September 2009

Forex Megadroid Versi 1.2 Mengecewakan!

Salam semua,

Hari ni apabila aku check statement InstaForex aku kat http://www.tarapapa1.mt4live.com, aku terkejut kerana Forex Megadroid versi baru telah membuat trade dan berakhir dengan kekalahan teruk.
Ini mengejutkan kerana versi 1.1 adalah cukup cemerlang sepanjang aku gunakannya dulu boleh kata tak pernah kalah pun, ni pulak versi baru 1.2 trade pertama dah kalah dekat USD70!!
Aku akan tunggu sampai ujung minggu ni dan akan memindahkan robot MD ni ke akaun FXDD aku. Minggu depan akaun InstaForex akan hanya gunakan FAP Turbo sahaja manakala FXDD akan gunakan FAP Turbo dan MD.
Wah! tension gak. Bukan sikit USD 70 tu. Ni semua disebabkan aku terlampau yakin dengan MD. Tapi memang dari dulu patutnya InstaForex tak sesuai pakai MD kerana spread untuk EURUSD = 3 pip manakala FXDD hanya 2 pip. Jadi confirm minggu depan kena tukar taktik lagi.
Sabar jela dan percayakan robot aku....

Isnin, 21 September 2009

Forex Megadroid Versi Terbaru Sudah Terbit!!!

Yeah! Best! Versi terbaru Forex Megadroid akhirnya sudah keluar setelah hampir 6 bulan

Versi terbaru ini antaranya mengandungi:

i) Stategi yang terbaru yang memberi
keputusan yang lebih baik dalam trading dalam ujian terbaru mereka. (malah
frekuensi trading juga telah bertambah!)

ii) Mod NFA untuk membenarkan operasi yang betul bagi mereka yang menggunakan
broker yang didaftar dengan NFA yang telah emngaplikasikan peraturan 'FIFO'
dan "no hedging".

iii) GMT offset secara remote melalui server trade MD

iv) Manual terbaru yang lebih lengkap

Pastikan anda mendapatnya. Selain FAP Turbo, Forex Megadroid amatlah direkemen oleh aku kerana jarang sangat aku kalah trade pakai MD. Klik banner di bawah jika anda berminat mencubanya dengan 60 hari jaminan wang dikembalikan oleh clickbank.com.



Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin

Sabtu, 19 September 2009

Update Mingguan - Akaun FXDD Aku Hancur!!!... Nasib baik InstaForex Masih OK

Seperti yang diduga, disebabkan aku ada ubah setting dengan ekstrem untuk FAP Turbo, hasilnya akaun FXDD aku mengalami kekalahan teruk 120 pips ataupun USD194.87. Tapi nak buat macam-mana, nilah adat kalau nak belajar. Walaupun pada mulanya aku tension tapi aku dah dapat tangkap satu lagi ciri2 FAPT yang penting.

Minggu ni aku ada ubah setting FAPT ke lebih konservatif untuk akaun FXDD termasuk InstaForex. Alhamdulillah InstaForex minggu ni mendapat Untung walaupun tak seuntung minggu sebelumnya. Sila lihat yang berikut untuk penyata ringkas:

i) InstaForex (Megadroid & FAP Turbo)
FAP Turbo = USD 21.43
Megadroid = USD 0.68
Total = Untung 5.8%
Baki semasa = USD 406.53
Penyata live! boleh dilihat di http://tarapapa1.mt4live.com

ii) FXDD (FAP Turbo)
FAP Turbo = (- USD 164.97)
Total = Kerugian 36.6%
Baki semasa = USD 285.59
Penyata live! boleh dilihat di http://tarapapa.mt4live.co

Khamis, 17 September 2009

Robot FAPT Aku Pening Lak Rasanya

Hmm... kalo tengok akaun live aku kat http://tarapapa1.mt4live.com ada drawdown USD 24. Pastu lak takda trade baru dari robot aku. Aku rasa ni semua puncanya sebab aku gi ubah setting masa weekdays aritu. Memang pantang kalau robot Forex ni kita ubah setting masa market tengah open. Aku lak skang kat kampung di kelate. Harap hari Sabtu atau Ahad ni aku boleh cari internet lagi sebab nak ubah setting robot aku biar betul skit. Tension tul.

Akaun FXDD aku punya penyata kat http://tarapapa.mt4live.com ada problem tak update skang. Nanti Minggu depan harap semua ok.

Selamat menyambut Hari Raya kepada semua

Rabu, 16 September 2009

ForexVPS

Apa itu Forex VPS? VPS bermaksud Virtual Private Hosting di mana dalam satu komputer itu diwujudkan satu alam maya yang terlindung. Dalam konteks Forex VPS pula, bagi orang yang tidak mempunyai komputer atau pun ada komputer tapi tak rela komputer dia asyik 'on' saja 24 jam, maka kita boleh menyewa Forex VPS atau Windows VPS Hosting supaya kita mempunyai satu komputer maya yang boleh digunakan untuk kita dagang Forex 24 jam bila2 masa. Itulah kelebihan VPS.

VPS amatlah direkemenkan untuk pedagang Forex kerana tujuan lain kita guna VPS selain dari kemudahan 24 jam adalah VPS selalunya dibina di Data Center yang besar. Data Center adalah kemudahan atau fasiliti server yang lengkap jadi kemungkinan nak jadi letrik terputus atau apa saja benda buruk adalah amat sedikit. Selalunya downtime VPS adalah 0.01% atau kurang lagi.

Aku dah banyak pengalaman guna VPS ini. Dah 3 jenama atau lebih VPS aku try dan hampir semua teruk dari segi servis teknikal, kecekapan orang yang jaga VPS tu dan customer support yang lembab dan tidak efektif. Aku try sehari dua saja, aku dah tau VPS diorang teruk dan aku terus request refund duit aku. Tapi semuanya berubah selelpas aku try ForexVPS. Betul aku cakap nilah VPS terbaik dari segi teknikal, customer support dan fasiliti. AKu betul2 puas hati dengan layanan diorang. Sebab tu aku promote abis-abisan servis diorang kepada semua.

ForexVPS ada 3 pakej yang boleh dipilih pada harga USD35, USD65 dan USD115. Semua lengkap di install dengan Windows Server 2003 dan ia Forex Ready. Selain Forex, Ia juga boleh di gunakan untuk aplikasi lain bagi yang tahu.

Sapa yang nak jadi promoter atau affiliate ForexVPS boleh juga, daftar di link ini...
Promoter/Affiliate ForexVPS
Forex VPS yang terbaik di pasaran.


Tapi bagi yang tidak berminat nak promote dan hanya berminat nak gunakan servis VPS, sila klik pada banner ForexVPS dibawah.












ZtradeFX, FXrebates & CashBackForex

Salam semua,

Hari ni saya nak bercakap tentang rebet tunai dalam Forex. Maksud rebet tunai dalam konteks trading ni adalah kita mendapat pulangan wang bagi setiap lot yang kita trade dalam sebulan. Contoh jika dalam sebulan kita trade 10 lot dan perjanjian yang dibuat antara Introducing Broker (IB) dengan kita adalah setiap lot dapat pulangan USD 3.00, maka USD 3.00 x 10 = USD30.00. Ini kira untung atas angin tau!

Kenapa IB boleh sanggup buat camtu? Ini disebabkan apabila kita hendak membuka akaun live (bukan akaun demo!) dalam forex dengan mana2 broker pilihan, kita memberitahu broker bahawa IB ni yang telah beritahu saya untuk buka akaun dengan awak. So, IB ni akan dapat komisen setiap lot yang kita trade. Sebab tu IB ni boleh bagi kat kita lak duit yang dia dapat. IB dan kita untung atas angin! Broker2 memang tak kisah jika kita daftar bawah mana2 IB asalkan diorang ada customer.

Cara hendak bukan lakukannya? Senang saja. Klik mana2 banner untuk 3 IB di bawah. Setelah anda sampai ke website dia, klik kepada 'broker'. Pilih broker yang anda mahu. Lepas tu daftar seperti biasa. Setelah proses selesai, pastikan anda hantar email kepada Ib dan juga broker untuk pastikan akaun live anda didaftar di bawah IB yang anda pilih.

Saya cadangkan 3 IB di bawah untuk anda pilih sebelum buka akaun Forex. 3 IB ni terbukti boleh dipercayai. Bagi yang sudah ada akaun, anda boleh hubungi broker dan beritahu mereka yang anda nak tukar akaun anda ke IB tersebut.


i) www.ZTradefx.com


panduan forex 20


ii) www.fxrebates.com


Forex Rebates


iii) www.cashbackforex.com

Penyata MT4live Untuk FXDD Ada Masalah

Untuk maklumat, penyata MT4 live aku untuk FXDD ada masalah. So, harap korang bersabar sehingga masalah teknikal ini dibaiki kelak.

Jumaat, 11 September 2009

Update Mingguan Result Akaun Live Forex!

Update mingguan di blog ini akan menunjukkan statistik dari segi pasangan matawang yang digunakan dan difokuskan kepada Expert Advisor(robot) dan broker yang digunakan.

i) FAP Turbo
EURCHF = USD 29.07
EURGBP = USD 99.72
GBPCHF = USD 3.05
USDCAD = USD 18.28

ii) Forex Megadroid
EURUSD = USD 13.48

iii) InstaForex (Megadroid & FAP Turbo)
FAP Turbo = USD 85.84
Megadroid = USD 13.48
Total = USD 99.32
Penyata live! boleh dilihat di http://tarapapa1.mt4live.com

iv) FXDD (FAP Turbo)
FAP Turbo = USD 64.28
Penyata live! boleh dilihat di http://tarapapa.mt4live.com

Alhamdulillah minggu ni dapat keuntungan. Tak sabar tunggu minggu depan plak..hehe.
Aku dah ubah setting untuk USDCAD, GBPCHF dan EURUSD untuk lebih power tapi maknanya lebih risiko memandangkan prestasi minggu ni begitu memberansangkan. Aku memang dah set terutamanya USDCAD dan GBPCHF untuk buat lebih trade, tetapi besar kemungkinan akan ada trade yang kalah tapi aku harap ia takkan terjadi. Kalo minggu depan punya trade lagi untung, aku akan kekal setting yang sama untuk minggu2 yang akan datang. Tapi kalau kalah teruk, aku akan ubah kembali setting yang asal. Takut jugak amik risiko ni, tapi dengan buat camni je aku dapat belajar dan tau setakat mana powernya FAP Turbo. Sebenarnya banyak lagi setting yang aku nak try guna FAP Turbo ni, sebab tu aku kena sabar kalau ada rugi.
Minggu depan punya update disebabkan Hari Raya, maybe aku akan publish lewat skit dan di sini aku ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin.





Funscrape.Com | More Selamat Hari Raya Aidilfitri Comments

Kenapa Aku Pilih InstaForex

InstaForex ni sebenarnya dah lama beroperasi dan agak terkenal di kalangan pedagang2 Forex tempatan. Aku pada mulanya tak tau pun dan tak minat kat broker-broker kecil ni. Yang aku nampak semua broker kat US atau UK macam FXDD, FXCM, Forex.com, Alpari UK dan macam2 lagi. Broker2 yang aku sebut ni memang besar dan famous.
Aku mula guna FXDD. Memang pilihan yang ok tetapi tak cukup power untuk FAP Turbo. Aku pun selalu masuk forum FAPT dan macam-macam lagi kaji selidik sehingga aku jumpa 2 orang mamat. Sorang dari Philippines dan lagi sorang dari US rasanya. Dioranglah yang ajar aku cara-cara nak main setting dan macam2 lagi.
Balik pada topik, aku pilih InstaForex sebab spread dia rendah dan payment senang. Spread tu adalah perbezaan antara harga 'bid' dan 'ask' pada platform anda. Pada yang baru belajar. Benda ni sangat penting. Kalau malas nak belajar banyak pun, at least kena tau basic Forex.

Instaforex

Khamis, 10 September 2009

Update Terkini Akaun Forex

Untuk Update terkini minggu ini dari 7hb(Isnin) Sept 09 sampai sekarang:

InstaForex: Untung USD 72.28 -> live statement http://www.tarapapa1.mt4live.com
FXDD: Untung USD 53.92 ### live statement tidak boleh papar sebab masalah teknikal

Alhamdulillah bulan ni memang BEST!

AIM Trust (High Yield Investment Program)

Aku baru saja melabur dalam HYIP yang kian terkenal sekarang iaitu AIM Trust. Setelah kaji dan selidik reputasi dan rekod bayaran diorang, aku buat keputusan untuk labur dan juga 'promote'kan link dia dalam website dan blog aku.
Sememangnya HYIP lebih berisiko tinggi dari Forex dan kebanyakan syarikat yang menguruskannya memang penipu. Tetapi memang ada syarikat yang ok dan betul2 buat payment kat customernya. Yang penting, kita sebagai pelabur kena tau macam-mana nak uruskan wang kita. Contohnya, ada RM10k, pastu labur semua serentak.. itu cari nahas namanya. Memang kalau lagi tinggi pelaburan kita, lagi cepat untung dan kaya, tapi bayangkan kalau tiba2 company tu lesap.
So, pastikan mula dengan skit2. Pastikan payment masuk 2-3 bulan. Pastu, kuarkan modal dan labur kembali. Melabur cara bijak dan jangan tamak sangat.
AIM Trust ni mengaku berpejabat di Panama dan labur dalam gas dan minyak. Boleh dapat duit untung sama ada harian, mingguan,, bulanan atau sampai tempoh matang 9 bulan.

Rabu, 9 September 2009

Kebangkitan Akaun Live Aku!

Start minggu ni memang aku rasa confiden dan happy dengan kedua2 akaun forex aku kat InstaForex and FXDD. Walaupun skang ada 'drawdown skit' takpe asal kan dalam jangka panjang untung balik.
Setakat ni aku kira modal aku main Forex sejak awal Jun banyak gak.
500+450+300+300= USD1550!!!
Dari modal banyak tu aku cuma ada lebih kurang USD700 saja skang. Memang menyedihkan, tension semua ada. Banyak turun naik. Paling tinggi akaun aku pernah adapun USD2000 pastu turun balik kejap je. Tapi aku tak kisah pasal banyak aku rugi pun sebab buat testing setting, belajar buat manual trading (manual trading buat aku rugi USD500!) dan test macam2 robot. Skang aku dah matang skit dalam Forex. So, tak sia2 la aku susah payah.
Kalo tengok website aku www.freestylecash.com memang tak berapa lengkap lagi. Website pun baru sangat aku buat. Takda masa nak update sebab busy kerja. Apa pun aku skang rasa hidup dengan semangat baru dalam Forex ni sebab aku dah jumpa robot favourite aku dan setting yang mantap. Harap boleh la FOrex nih jadi side income aku yang lumayan..