1) Statement MT4live hari ini kembali beroperasi seperti normal. Hah.. lega.
2) Memandangkan ramai yang asyik bertanya tentang AIM Trust. Saya telah update website saya dengan penerangan ringkas tentang apa itu AIM Trust. Sila klik sini atau boleh pergi melalui website saya seperti gambar di bawah:
Di sini saya nak menegaskan AIM Trust ni pelaburan risiko tinggi dan sila berhati-hati jika nak melabur. Saya sendiri dah labur USD 240.00 sejak 2 minggu sudah. Saya set pengeluaran bulanan. Target nak kuarkan duit lepas 2 bulan untuk dapatkan modal balik.
3) Saya telah letak link untuk tweeter bagi sesiapa yang ingin ikuti perkembangan saya melalui tweeter.
4) Saya tambah live statement terbaru untuk customer saya yang mahu dikenali sebagai "DiriSaya. Dia berasal dari KL dan membuka akaun USD300 di InstaForex dan menggunakan hanya satu robot iaitu FAP Turbo.
Minta maaf semua sebab sekarang website MT4live rosak sekali lagi di sebabkan hackers. Pihak MT4live sedang cuba membaikinya. Jadi anda tidak boleh melihat statement Live yang dinyatakan dalam website saya buat sementara waktu. Sila cuba lagi selepas 24 jam.
Aku busy kebelakangan ni sebab gi jumpa customer2 yang interested pasal Forex ni. Aku cuma nak update pasal aku dah terima rebet pertama aku dari ZtradeFX. Best gilo woo!.. banyak!
Tu baru akaun USD300. Syok gak makan rebet ni. Alhamdulillah.
Satu lagi benda best adalah AIMtrust. Sejak aku invest minggu sudah USD240. Tengok tiap hari duit masuk best je. Kalau berani korang try la. Tengok snapshot bawah...
Saya dah dapat soalan ni beratus kali sejak saya mula buat website pasal Forex robot ni. Antara soalan yang lazim adalah:
1) Boleh Untung ke Forex ni? Terus terang saya cakap statistik menyatakan 98% orang yang main Forex akan rugi. Kenapa ini terjadi? Selalunya sebab tiada ilmu pengetahuan, kena tipu dengan broker atau pengeluar robot, trading tanpa disiplin dan sebagainya. Tinggal 2% yang untung,jadi sudah tentu Forex boleh buat duit! ada gak 2% tu yang berjaya.
2) Amende Forex nih? Forex ni maksudnya satu pasaran di mana pembeli dan penjual menjalankan transaksi matawang asing. Lebih kurang macam bila kita pergi money exchange untuk tukar duit. Perasan tak harga wang sentiasa berubah? Jadi kita beli bila murah dan jual bila mahal.
3) Apa tu Forex Robot? Forex Robot ni atau Expert Advisor adalah satu program komputer untuk platform MT4 (tempat kita trade dalam internet atau PC) yang menjalankan trade untuk kita 24/7 bila-bila masa. Terdapat beratus-ratus robot di pasaran dan setiap satunya pada asasnya sama. Iaitu ia mudah digunakan, automatik sepenuhnya dan berpandukan pada indikator yang telah di 'built-in' kan dalam program nya. Dengan robot ni senang bagi kita yang main Forex part time. Kita mana ada masa nak duduk depan komputer berjam-jam sehari untuk letak trade. Dengan Forex Robot, kita tak perlu tahu langsung pasal apa benda tu Forex, tak payah study atau kaji. Dengan adanya Forex robot, segalanya mudah.
4) Apa bezanya Forex Robot dengan Forex biasa (manual)? Seperti yang saya jawab dalam soalan 4, Forex manual pula sesuai untuk trader yang mempunyai banyak masa dan pengetahuan yang mendalam dalam Forex. Orang yang trade secara manual ni selalunya mempunyai Indikator untuk graf dalam platform forex ni. Indikator ni yang beritahu bila waktu yang sesuai untuk trade. Ada juga otai2 yang tak guna indikator pun. Diorang cuma baca berita dunia tiap-tiap hari dan berdasarkan pengetahuan yang ada mereka boleh baca pasaran.
5) Kenapa Saya nak guna khidmat freestylecash? Seperti yang saya cakap, terdapat beratus produk Forex Robot di pasaran. Broker pun banyak juga. Kalau saya baru saja belajar tentang Forex ni pastinya saya pening nak pilih yang mana satu. Sebab banyak sangat 'scam' atau penipu dalam internet. Kalau kita teliti, setiap website yang promosi Robot atau broker tak ada pun cakap rugi atau tak bagus. Semua cakap BAGUS!. Sebab tu la kita dengar ramai yang rugi, terpedaya, tension dan condemn main Forex ni.
Di FreeStyleCash, saya menawarkan khidmat kepakaran saya yang sudah mengkaji Forex Robot ni sejak 5 bulan sudah. Saya dah baca banyak manual dan rugi beribu ringgit. Semua kerugian saya disebabkan kelalaian dan kebodohan diri sendiri. Anda hanya perlu beli Robot atau beli melalui mana-mana banner di website saya dan tunjukkan bukti pembelian. Saya akan beri setting dan khidmat nasihat secara percuma!.
Setakat ni saya dah tolong ramai orang. Tidak di nafikan ada pelangan saya yang rugi. Tapi bukan salah saya bila pelangan tu pandai2 ubah setting atau sebagainya. Saya boleh jumpa in person dengan sesiapa saja yang berminat. Sila email ke admin@freestylecash.com untuk temujanji atau sebarang soalan.
Semuanya ada banner di homepage website saya atau boleh aje click link di atas.
Saya tak menjanjikan 100% kejayaan. Semua ini bergantung pada disiplin dan ketekunan kita juga. Saya cuma menjanjikan komitmen saya dalam membantu setiap pelangan dengan menggunakan pengalaman saya yang ada.
Saya tahu yang kita sedang mengalami masa yang susah dalam Forex sekarang (kepada yang berjaya, tahniah) dalam beberapa minggu ini dan walaupun saya hendak cakap benda ni Nampak macam akan berakhir, yang sebenarnya kita masih belum pulih lagi. Minggu-minggu yang dating akan menyaksikan jumlah berita forex yang banyak yang akan member kesan dalam dagangan Forex, tambah pula dengan mesyuarat IMF ada potensi untuk member berita yang tak di duga.
Pada masa ini tahun lepas saya masih ingat kita berada dalam suasana ekonomi yang tenang dan stabil tetapi semuanya tiba2 berubah dan seperti dunia nak terbalik! Nampak macam market ketika itu hendak runtuh. Saya takkan lupa pergerakan yang berlaku pada masa itu kerana ketika itu saya main saham dan teringat pada masa itu saya berada depan computer dan terkejut dengan pergerakan saham yang menjunam tanpa kawalan.
Saya sebenarnya tak suka bagi penjelasan mengenai prestasi buruk dalam pasaran kerana akhirnya ia bergantung pada diri kita sendiri, strategi dan ada orang cakap “pasaran tidak pernah salah”. Walau bagaimana pun, saya harap anda boleh melihat potensi dari masalah yang ada sekarang berbanding drama yang berlaku dalam masa 12 bulan sudah. Sekarang semua orang macam berdebar-debar menanti apa yang akan berlaku hingga hujung tahun ini. Adakah hujung tahun ini akan menyaksikan ekonomi bertambah elok atau berlaku keruntuhan berturut-turut dalam ekonomi? Ke arah manakah matawang kita pergi? Ada sesiapa perasan perasaan tension yang tinggi sedang berlaku dalam pasaran sekarang?
Jika anda adalah seorang trader manual, sekarang adalah masa terbaik untuk ambil kesempatan dari harapan debar2 yang berlaku dari pasaran sekarang. Jika anda seorang auto trader seperti saya pula, sekarang adalah masa terbaik untuk megira balik tahap risiko dan pastikan anda sedang gunakan pelan pengurusan wang yang baik
Makluman kepada siapa yang pernah masuk ke link akaun live saya di FXDD, sekarang ada masalah teknikal dan semua orang tak boleh access penyata kewangan saya buat sementara waktu.
Bulan September agak mengecawakan bagi EURGBP yang membawa kerugian hampir USD800. Bagi EURCHF pula telah menjumpai setting yang stabil. Berikut ialah rumusan September 2009 bagi akaun FXDD dan InstaForex yang menggunakan FAP Turbo dan FOrex Megadroid.
FXDD
Menang = 40 kali = (USD 170.07)
Draw = 3 kali
Kalah = 5 kali = (USD 488.05)
EURUSD = USD 2.40
EURGBP = USD 346.05
USDCAD = USD 16.76
EURCHF = USD 5.09
Rumusan:
Akaun FXDD menunjukkan prestasi yang agak membanggakan di mana hanya kalah 5x sahaja. Perkara yang membimbangkan adalah matawang EURGBP yang amat teruk prestasinya. Minggu ini saya akan mengurangkan risiko EURGBP ke tahap yang medium. EURCHF dan USDCAD akan gunakan setting yang sama.
InstaForex
Menang = 52 kali = (USD 240.01)
Draw = 1 kali
Kalah = 8 kali = (USD 350.52) Rumusan: Akaun InstaForex pula kalau kita tolak kekalahan mengejut EURUSD(Forex Megadroid), sebenarnya mampu cemerlang. Pada akaun ini juga, matawang EURGBP akan dikurangkan risikonya. EURCHF dan USDCAD akan gunakan setting yang sama.
Sila beri perhatian bahawa setting yang saya gunakan adalah setting extreme yang diubah sendiri. Saya tidak gunakan setting default FAP Turbo. Hanya Forex Megadroid saya gunakan setting original cuma tinggikan risikonya.