Jumaat, 6 November 2009

FAPT49 Telah Dilancarkan!!!

Apa Yang Baru Dengan FAPT49? Apa Yang Best Sangat??
 
Perkenalkan pasangan matawang terbaru FAPT! Matawang ke-5 dalam portfolio trading FAPT isitu USDCHF (US Dollar vs Swiss Franc). Selain itu, FAP Turbo versi 49 memuatkan setting terbaru dan lebih baik untuk matawang EURCHF dan USDCAD untuk memastikan prestasi yang lebih baik.
Di bawah adalah link untuk ke website yang menerangkan lebih lanjut tentang versi terbaru ini dan keputusan backtest untuk 2009 serta keputusan live trading.

http://fapturbo.com/fapturbo49.html  <=Fapturbo49 Page

Jika anda adalah ahli FAP Turbo, anda layak untuk update percuma dan boleh muat turun FAPTv49 di members area!

Khamis, 5 November 2009

Customer Baru!

Hi Semua,

  Hari ni ada seorang lagi telah register sebagai pengikut FreeStyleCash. Encik Ainul dari KL. Boleh tengok statement dia kat website saya di www.freestylecash.com seperti gambar di bawah.



Terima kasih,
Fendi Forex

Selasa, 3 November 2009

FAP Turbo Jadi Pelik!

Salam..

  Pagi ni bila buka statement terkejut sebab result semalam agak teruk. Selidik punya selidik akhirnya jumpa puncanya.... Rupa-rupanya bermula 1 Nov, daylight savings time berganjak 1 jam awal. Jadi Fap Turbo telah trade sejam awal dari selalunya dan menyebabkan beberapa trade rugi.

  Minta maaf kepada semua yang pakai setting saya.

Rabu, 28 Oktober 2009

Update Terbaru Website!

Salam Semua,

1) Statement MT4live hari ini kembali beroperasi seperti normal. Hah.. lega.

2) Memandangkan ramai yang asyik bertanya tentang AIM Trust. Saya telah update website saya dengan penerangan ringkas tentang apa itu AIM Trust. Sila klik sini atau boleh pergi melalui website saya seperti gambar di bawah:

Di sini saya nak menegaskan AIM Trust ni pelaburan risiko tinggi dan sila berhati-hati jika nak melabur. Saya sendiri dah labur USD 240.00 sejak 2 minggu sudah. Saya set pengeluaran bulanan. Target nak kuarkan duit lepas 2 bulan untuk dapatkan modal balik.

3) Saya telah letak link untuk tweeter bagi sesiapa yang ingin ikuti perkembangan saya melalui tweeter.

4) Saya tambah live statement terbaru untuk customer saya yang mahu dikenali sebagai "DiriSaya. Dia berasal dari KL dan membuka akaun USD300 di InstaForex dan menggunakan hanya satu robot iaitu FAP Turbo.



Thanks,
Fendi Forex

Selasa, 27 Oktober 2009

Website MT4Live Rosak!

Minta maaf semua sebab sekarang website MT4live rosak sekali lagi di sebabkan hackers. Pihak MT4live sedang cuba membaikinya. Jadi anda tidak boleh melihat statement Live yang dinyatakan dalam website saya buat sementara waktu. Sila cuba lagi selepas 24 jam.

Thanks

Khamis, 22 Oktober 2009

Update Benda-Benda Best!

Salam Semua,

  Aku busy kebelakangan ni sebab gi jumpa customer2 yang interested pasal Forex ni. Aku cuma nak update pasal aku dah terima rebet pertama aku dari ZtradeFX. Best gilo woo!.. banyak!




Tu baru akaun USD300. Syok gak makan rebet ni. Alhamdulillah.

  Satu lagi benda best adalah AIMtrust. Sejak aku invest minggu sudah USD240. Tengok tiap hari duit masuk best je. Kalau berani korang try la. Tengok snapshot bawah...


Tiap-tiap hari bekerja masuk interest beb!..hehe.


Khamis, 15 Oktober 2009

Upgrade di Website... YM!

Salam semua,

  Saya dah tambah aplikasi Yahoo Messenger di website saya. Jadi, jika anda nampak ikon seperti gambar di bawah:



Bermaksud saya tengah 'online' dan boleh berbincang dengan saya secara langsung.

Fendi Forex

Macam Mana Nak Bermula Dalam Forex Robot ni??

Saya dah dapat soalan ni beratus kali sejak saya mula buat website pasal Forex robot ni. Antara soalan yang lazim adalah:

1) Boleh Untung ke Forex ni?
  Terus terang saya cakap statistik menyatakan 98% orang yang main Forex akan rugi. Kenapa ini terjadi? Selalunya sebab tiada ilmu pengetahuan, kena tipu dengan broker atau pengeluar robot, trading tanpa disiplin dan sebagainya. Tinggal 2% yang untung,jadi sudah tentu Forex boleh buat duit! ada gak 2% tu yang berjaya.

2) Amende Forex nih?
Forex ni maksudnya satu pasaran di mana pembeli dan penjual menjalankan transaksi matawang asing. Lebih kurang macam bila kita pergi money exchange untuk tukar duit. Perasan tak harga wang sentiasa berubah? Jadi kita beli bila murah dan jual bila mahal.

3) Apa tu Forex Robot?
Forex Robot ni atau Expert Advisor adalah satu program komputer untuk platform MT4 (tempat kita trade dalam internet atau PC) yang menjalankan trade untuk kita 24/7 bila-bila masa. Terdapat beratus-ratus robot di pasaran dan setiap satunya pada asasnya sama. Iaitu ia mudah digunakan, automatik sepenuhnya dan berpandukan pada indikator yang telah di 'built-in' kan dalam program nya. Dengan robot ni senang bagi kita yang main Forex part time. Kita mana ada masa nak duduk depan komputer berjam-jam sehari untuk letak trade. Dengan Forex Robot, kita tak perlu tahu langsung pasal apa benda tu Forex, tak payah study atau kaji. Dengan adanya Forex robot, segalanya mudah.

4) Apa bezanya Forex Robot dengan Forex biasa (manual)?
Seperti yang saya jawab dalam soalan 4, Forex manual pula sesuai untuk trader yang mempunyai banyak masa dan pengetahuan yang mendalam dalam Forex. Orang yang trade secara manual ni selalunya mempunyai Indikator untuk graf dalam platform forex ni. Indikator ni yang beritahu bila waktu yang sesuai untuk trade. Ada juga otai2 yang tak guna indikator pun. Diorang cuma baca berita dunia tiap-tiap hari dan berdasarkan pengetahuan yang ada mereka boleh baca pasaran.

5) Kenapa Saya nak guna khidmat freestylecash?
    Seperti yang saya cakap, terdapat beratus produk Forex Robot di pasaran. Broker pun banyak juga. Kalau saya baru saja belajar tentang Forex ni pastinya saya pening nak pilih yang mana satu. Sebab banyak sangat 'scam' atau penipu dalam internet. Kalau kita teliti, setiap website yang promosi Robot atau broker tak ada pun cakap rugi atau tak bagus. Semua cakap BAGUS!. Sebab tu la kita dengar ramai yang rugi, terpedaya, tension dan condemn main Forex ni. 
   Di FreeStyleCash, saya menawarkan khidmat kepakaran saya yang sudah mengkaji Forex Robot ni sejak 5 bulan sudah. Saya dah baca banyak manual dan rugi beribu ringgit. Semua kerugian saya disebabkan kelalaian dan kebodohan diri sendiri. Anda hanya perlu beli Robot atau beli melalui mana-mana banner di website saya dan tunjukkan bukti pembelian. Saya akan beri setting dan khidmat nasihat secara percuma!.
  Setakat ni saya dah tolong ramai orang. Tidak di nafikan ada pelangan saya yang rugi. Tapi bukan salah saya bila pelangan tu pandai2 ubah setting atau sebagainya. Saya boleh jumpa in person dengan sesiapa saja yang berminat. Sila email ke admin@freestylecash.com untuk temujanji atau sebarang soalan. 

Produk yang saya rekemen:
Forex Robot: FAP Turbo, Forex Megadroid
VPS server: ForexVPS
Broker: FXDD, InstaForex
Rebet Tunai: ZTradeFx, CashBackForex, FXrebates
Investment: AIMTrust


Semuanya ada banner di homepage website saya atau boleh aje click link di atas.


  Saya tak menjanjikan 100% kejayaan. Semua ini bergantung pada disiplin dan ketekunan kita juga. Saya cuma menjanjikan komitmen saya dalam membantu setiap pelangan dengan menggunakan pengalaman saya yang ada.
 
Fendi Forex

Rabu, 7 Oktober 2009

Renungan Semua..


Saya tahu yang kita sedang mengalami masa yang susah dalam Forex sekarang (kepada yang berjaya, tahniah) dalam beberapa minggu ini dan walaupun saya hendak cakap benda ni Nampak macam akan berakhir, yang sebenarnya kita masih belum pulih lagi. Minggu-minggu yang dating akan menyaksikan jumlah berita forex yang banyak yang akan member kesan dalam dagangan Forex, tambah pula dengan mesyuarat IMF ada potensi untuk member berita yang tak di duga.
Pada masa ini tahun lepas saya masih ingat kita berada dalam suasana ekonomi yang tenang dan stabil tetapi semuanya tiba2 berubah dan seperti dunia nak terbalik! Nampak macam market ketika itu hendak runtuh. Saya takkan lupa pergerakan yang berlaku pada masa itu kerana ketika itu saya main saham dan teringat pada masa itu saya berada depan computer dan terkejut dengan pergerakan saham yang menjunam tanpa kawalan.
Saya sebenarnya tak suka bagi penjelasan mengenai prestasi buruk dalam pasaran kerana akhirnya ia bergantung pada diri kita sendiri, strategi dan ada orang cakap “pasaran tidak pernah salah”. Walau bagaimana pun, saya harap anda boleh melihat potensi dari masalah yang ada sekarang berbanding drama yang berlaku dalam masa 12 bulan sudah. Sekarang semua orang macam berdebar-debar menanti apa yang akan berlaku hingga hujung tahun ini. Adakah hujung tahun ini akan menyaksikan ekonomi bertambah elok atau berlaku keruntuhan berturut-turut dalam ekonomi? Ke arah manakah matawang kita pergi? Ada sesiapa perasan perasaan tension yang tinggi sedang berlaku dalam pasaran sekarang?
Jika anda adalah seorang trader manual, sekarang adalah masa terbaik untuk ambil kesempatan dari harapan debar2  yang berlaku dari pasaran sekarang. Jika anda seorang auto trader seperti saya pula, sekarang adalah masa terbaik untuk megira balik tahap risiko dan pastikan anda sedang gunakan pelan pengurusan wang yang baik

Akaun FXDD Offline Seketika

Makluman kepada siapa yang pernah masuk ke link akaun live saya di FXDD, sekarang ada masalah teknikal dan semua orang tak boleh access penyata kewangan saya buat sementara waktu.

Harap Maklum,
Fendi Forex

Sabtu, 3 Oktober 2009

Imbas Kembali September 2009

Hi Semua,

     Bulan September agak mengecawakan bagi EURGBP yang membawa kerugian hampir USD800. Bagi EURCHF pula telah menjumpai setting yang stabil. Berikut ialah rumusan September 2009 bagi akaun FXDD dan InstaForex yang menggunakan FAP Turbo dan FOrex Megadroid.

matawang FAP Turbo = EURCHF, EURGBP, GBPCHF, USDCAD
matawang Megadroid = EURUSD

FXDD
Menang = 40 kali = (USD 170.07)
Draw = 3 kali
Kalah = 5 kali = (USD 488.05)

EURUSD = USD 2.40
EURGBP = USD 346.05
USDCAD = USD 16.76
EURCHF = USD 5.09
 Rumusan:
Akaun FXDD menunjukkan prestasi yang agak membanggakan di mana hanya kalah 5x sahaja. Perkara yang membimbangkan adalah matawang EURGBP yang amat teruk prestasinya. Minggu ini saya akan mengurangkan risiko EURGBP ke tahap yang medium. EURCHF dan USDCAD akan gunakan setting yang sama.


InstaForex
Menang = 52 kali = (USD 240.01)
Draw = 1 kali
Kalah = 8 kali = (USD 350.52)
Rumusan:
Akaun InstaForex pula kalau kita tolak kekalahan mengejut EURUSD(Forex Megadroid), sebenarnya mampu cemerlang. Pada akaun ini juga, matawang EURGBP akan dikurangkan risikonya. EURCHF dan USDCAD akan gunakan setting yang sama.


  Sila beri perhatian bahawa setting yang saya gunakan adalah setting extreme yang diubah sendiri. Saya tidak gunakan setting default FAP Turbo. Hanya Forex Megadroid saya gunakan setting original cuma tinggikan risikonya.

Rabu, 30 September 2009

Kena Stoploss Untuk EURGBP and USDCAD!

Wah!... memang sakit hati tapi nak buat camna. Ni la kali kedua EURGBP kena stoploss dalam akaun InstaForex dan FXDD dalam masa sebulan. Bagi USDCAD pula ni la kali pertama kena stoploss. Total rugi dekat USD800!!!
Dahla saya letak extreme settings untuk kedua2nya. Tapi tak mengapa, kita tengok bulan October macam mana pula.
Bergantung pada result bulan depan, kalau kena lagi stoploss, kemungkinan besar terpaksa ubah setting atau buang terus matawang EURGBP buat sementara waktu. Tengok dalam forum FAP Turbo, banyak juga orang yang kena.
EURCHF pula cukup stabil. Tak pernah kalah untuk InstaForex dan FXDD cuma kalah kecil. Kemungkinan besar pada masa depan akan guna EURCHF dan USDCAD sahaja untuk trading.
Kepada members FreeStyleCash, jangan rasa bimbang kerana saya hanya guna setting low/medium sahaja untuk korang. So, korang takkan kena kalah yang teruk seperti aku. Akaun aku lebih kepada untuk eksperimen dan tengok sejauh mana Robot FAP Turbo boleh pergi.

Ahad, 27 September 2009

Forex Megadroid Versi 1.21!

Haha... nampaknya pengeluar MD sedar ada bugs dalam robot versi 1.2 sebab tak sampai seminggu diorang dah keluarkan versi 1.21.
  Aku baru je update versi terbaru dan letakkan robot tu di akaun FXDD aku. Sebelum ni aku pakai kat InstaForex. Sebab tukar mudah je, spread FXDD lebih rendah. Aku menaruh harapan tinggi pada MD. Robot yang dalam 100x trading, kalah dalam 2-3 kali je.

Fendi Forex

Jumaat, 25 September 2009

Pengumuman! - Announcement!

Kepada sesiapa yang ingin bantuan untuk saya tolong setup robot Forex, VPS server atau Broker, boleh berjumpa dengan saya di kawasan Subang Jaya, Petaling Jaya, Kelana Jaya atau KL bergantung kepada jika saya ada masa terluang. Kepada yang tinggal di luar KL pun bleh hantar email dan kita boleh bincang. Sila buat temu janji dengan menghantar email ke admin@freestylecash.com.
  Saya membuat perkhidmatan ini secara percuma! sebab saya mendapat komisen dari internet jadi tak perlu membayar upah. Saya juga akan memberi setting robot saya setiap minggu dan bantuan nasihat.

Jika anda buat sendiri pun terpaksa membayar harga yang sama jadi anda tak rugi bahkan amat menguntungkan kerana saya akan mengajar selok belok bagaimana hendak bermula dalam Forex.

 Untuk berbincang atau bertanya soalan boleh juga hantar email tetapi saya lebih suka kita berbincang dalam Forum di http://www.freestylecash.com/phpBB3/index.php

  Saya akan membuat satu ruang untuk ahli sahaja di masa depan disebabkan terlampau ramai orang sekarang dan saya perlu fokus untuk memberi khidmat yang baik kepada semua orang. Jadi bagi sesiapa yang menggunakan khidmat percuma saya, akan secara automatik menjadi ahli dan mendapat keistimewaan.

P/S: Bagi sesiapa yang membeli Robot FAP Turbo atau Forex Megadroid melalui link di website saya di http://www.freestylecash.com atau di blog saya ini, Sila email kepada saya resit Clickbank anda untuk mendapat setting percuma setiap minggu


__________________________________________________________________________________

To anyone who wants my advice/support on setting up Forex robot, VPS server or Broker, can meet me up in these areas Subang Jaya, Petaling Jaya, Kelana Jaya or KL subject to my free time. To anyone who resides outside KL also we can arrange something. Can make an appointment by sending an email to admin@freestylecash.com.
This is a free service! because I get commisision from the internet so you don't need to pay me any fees. I would also give you my weekly robot settings and advice.

  If you do it yourself, you still need to pay the same price. Why not use my free service and get advice for those newbies out there.

  To discuss or ask questions, you can send email to me but I prefer that we discuss in my Forum at http://www.freestylecash.com/phpBB3/index.php

 I will be setting up a members only zone soon because of too many people already for me to support. So, for anyone who uses my free service would get this privilege free. 

P/S: To anyone who bought FAP Turbo or Forex Megadroid from my website at http://www.freestylecash or in my Blog here, please email me your Clickbank receipt to get your free weekly settings.

Fendi Forex

Update Mingguan Live Trading 21-25 September 2009

Salam Semua,

  Saya baru balik dari kampung dan sekarang berada di KL. Check hasil minggu ni kira rugi sikit. Sila rujuk di bawah untuk details by broker:

FXDD
i) EURCHF
win = 6
draw = 1
lose = 1
Profit = 13.54

ii) EURGBP
win = 3
Profit = 26.65
iii) USDCAD
Win = 2
Lose = 1
Profit = 6.63

Total = Untung USD 46.82 (sila rujuk http://tarapapa.mt4live.com untuk statement)

Setting yang akan diubah untuk minggu depan untuk FXDD:
i) Keluarkan carta EURCHF yang menggunakan setting default sebab keuntungannya terlampau sedikit
ii) Masukkan Forex Megadroid (MD) untuk trade EURUSD sebab FXDD mempunyai spread rendah = 2 sesuai untukMD.

InstaForex
i) EURUSD
win = 3
draw = 1
lose = 3
Lose = 47.64

ii) EURGBP
win = 4
Profit = 26.12

iii)USDCAD
Win = 2
Lose =1 
Profit = 3.60

iv) EURCHF
Win =2
Profit = 12.05
v)GBPCHF
Win = 2
Lose = 1
Lose = 43.26

Total = Rugi USD 49.13 (sila rujuk http://tarapapa1.mt4live.com untuk statement)


Setting yang akan diubah untuk minggu depan InstaForex:
i) Keluarkan robot Forex Megadroid sebab InstaForex menggunakan spread 3 untuk matawang EURUSD
ii) Keluarkan carta GBPCHF yang gunakan setting default sebab setelah 2 minggu kerugiannya terlampau besar

Fendi Forex

Selasa, 22 September 2009

Forex Megadroid Versi 1.2 Mengecewakan!

Salam semua,

Hari ni apabila aku check statement InstaForex aku kat http://www.tarapapa1.mt4live.com, aku terkejut kerana Forex Megadroid versi baru telah membuat trade dan berakhir dengan kekalahan teruk.
Ini mengejutkan kerana versi 1.1 adalah cukup cemerlang sepanjang aku gunakannya dulu boleh kata tak pernah kalah pun, ni pulak versi baru 1.2 trade pertama dah kalah dekat USD70!!
Aku akan tunggu sampai ujung minggu ni dan akan memindahkan robot MD ni ke akaun FXDD aku. Minggu depan akaun InstaForex akan hanya gunakan FAP Turbo sahaja manakala FXDD akan gunakan FAP Turbo dan MD.
Wah! tension gak. Bukan sikit USD 70 tu. Ni semua disebabkan aku terlampau yakin dengan MD. Tapi memang dari dulu patutnya InstaForex tak sesuai pakai MD kerana spread untuk EURUSD = 3 pip manakala FXDD hanya 2 pip. Jadi confirm minggu depan kena tukar taktik lagi.
Sabar jela dan percayakan robot aku....

Isnin, 21 September 2009

Forex Megadroid Versi Terbaru Sudah Terbit!!!

Yeah! Best! Versi terbaru Forex Megadroid akhirnya sudah keluar setelah hampir 6 bulan

Versi terbaru ini antaranya mengandungi:

i) Stategi yang terbaru yang memberi
keputusan yang lebih baik dalam trading dalam ujian terbaru mereka. (malah
frekuensi trading juga telah bertambah!)

ii) Mod NFA untuk membenarkan operasi yang betul bagi mereka yang menggunakan
broker yang didaftar dengan NFA yang telah emngaplikasikan peraturan 'FIFO'
dan "no hedging".

iii) GMT offset secara remote melalui server trade MD

iv) Manual terbaru yang lebih lengkap

Pastikan anda mendapatnya. Selain FAP Turbo, Forex Megadroid amatlah direkemen oleh aku kerana jarang sangat aku kalah trade pakai MD. Klik banner di bawah jika anda berminat mencubanya dengan 60 hari jaminan wang dikembalikan oleh clickbank.com.



Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin

Sabtu, 19 September 2009

Update Mingguan - Akaun FXDD Aku Hancur!!!... Nasib baik InstaForex Masih OK

Seperti yang diduga, disebabkan aku ada ubah setting dengan ekstrem untuk FAP Turbo, hasilnya akaun FXDD aku mengalami kekalahan teruk 120 pips ataupun USD194.87. Tapi nak buat macam-mana, nilah adat kalau nak belajar. Walaupun pada mulanya aku tension tapi aku dah dapat tangkap satu lagi ciri2 FAPT yang penting.

Minggu ni aku ada ubah setting FAPT ke lebih konservatif untuk akaun FXDD termasuk InstaForex. Alhamdulillah InstaForex minggu ni mendapat Untung walaupun tak seuntung minggu sebelumnya. Sila lihat yang berikut untuk penyata ringkas:

i) InstaForex (Megadroid & FAP Turbo)
FAP Turbo = USD 21.43
Megadroid = USD 0.68
Total = Untung 5.8%
Baki semasa = USD 406.53
Penyata live! boleh dilihat di http://tarapapa1.mt4live.com

ii) FXDD (FAP Turbo)
FAP Turbo = (- USD 164.97)
Total = Kerugian 36.6%
Baki semasa = USD 285.59
Penyata live! boleh dilihat di http://tarapapa.mt4live.co

Khamis, 17 September 2009

Robot FAPT Aku Pening Lak Rasanya

Hmm... kalo tengok akaun live aku kat http://tarapapa1.mt4live.com ada drawdown USD 24. Pastu lak takda trade baru dari robot aku. Aku rasa ni semua puncanya sebab aku gi ubah setting masa weekdays aritu. Memang pantang kalau robot Forex ni kita ubah setting masa market tengah open. Aku lak skang kat kampung di kelate. Harap hari Sabtu atau Ahad ni aku boleh cari internet lagi sebab nak ubah setting robot aku biar betul skit. Tension tul.

Akaun FXDD aku punya penyata kat http://tarapapa.mt4live.com ada problem tak update skang. Nanti Minggu depan harap semua ok.

Selamat menyambut Hari Raya kepada semua

Rabu, 16 September 2009

ForexVPS

Apa itu Forex VPS? VPS bermaksud Virtual Private Hosting di mana dalam satu komputer itu diwujudkan satu alam maya yang terlindung. Dalam konteks Forex VPS pula, bagi orang yang tidak mempunyai komputer atau pun ada komputer tapi tak rela komputer dia asyik 'on' saja 24 jam, maka kita boleh menyewa Forex VPS atau Windows VPS Hosting supaya kita mempunyai satu komputer maya yang boleh digunakan untuk kita dagang Forex 24 jam bila2 masa. Itulah kelebihan VPS.

VPS amatlah direkemenkan untuk pedagang Forex kerana tujuan lain kita guna VPS selain dari kemudahan 24 jam adalah VPS selalunya dibina di Data Center yang besar. Data Center adalah kemudahan atau fasiliti server yang lengkap jadi kemungkinan nak jadi letrik terputus atau apa saja benda buruk adalah amat sedikit. Selalunya downtime VPS adalah 0.01% atau kurang lagi.

Aku dah banyak pengalaman guna VPS ini. Dah 3 jenama atau lebih VPS aku try dan hampir semua teruk dari segi servis teknikal, kecekapan orang yang jaga VPS tu dan customer support yang lembab dan tidak efektif. Aku try sehari dua saja, aku dah tau VPS diorang teruk dan aku terus request refund duit aku. Tapi semuanya berubah selelpas aku try ForexVPS. Betul aku cakap nilah VPS terbaik dari segi teknikal, customer support dan fasiliti. AKu betul2 puas hati dengan layanan diorang. Sebab tu aku promote abis-abisan servis diorang kepada semua.

ForexVPS ada 3 pakej yang boleh dipilih pada harga USD35, USD65 dan USD115. Semua lengkap di install dengan Windows Server 2003 dan ia Forex Ready. Selain Forex, Ia juga boleh di gunakan untuk aplikasi lain bagi yang tahu.

Sapa yang nak jadi promoter atau affiliate ForexVPS boleh juga, daftar di link ini...
Promoter/Affiliate ForexVPS
Forex VPS yang terbaik di pasaran.


Tapi bagi yang tidak berminat nak promote dan hanya berminat nak gunakan servis VPS, sila klik pada banner ForexVPS dibawah.












ZtradeFX, FXrebates & CashBackForex

Salam semua,

Hari ni saya nak bercakap tentang rebet tunai dalam Forex. Maksud rebet tunai dalam konteks trading ni adalah kita mendapat pulangan wang bagi setiap lot yang kita trade dalam sebulan. Contoh jika dalam sebulan kita trade 10 lot dan perjanjian yang dibuat antara Introducing Broker (IB) dengan kita adalah setiap lot dapat pulangan USD 3.00, maka USD 3.00 x 10 = USD30.00. Ini kira untung atas angin tau!

Kenapa IB boleh sanggup buat camtu? Ini disebabkan apabila kita hendak membuka akaun live (bukan akaun demo!) dalam forex dengan mana2 broker pilihan, kita memberitahu broker bahawa IB ni yang telah beritahu saya untuk buka akaun dengan awak. So, IB ni akan dapat komisen setiap lot yang kita trade. Sebab tu IB ni boleh bagi kat kita lak duit yang dia dapat. IB dan kita untung atas angin! Broker2 memang tak kisah jika kita daftar bawah mana2 IB asalkan diorang ada customer.

Cara hendak bukan lakukannya? Senang saja. Klik mana2 banner untuk 3 IB di bawah. Setelah anda sampai ke website dia, klik kepada 'broker'. Pilih broker yang anda mahu. Lepas tu daftar seperti biasa. Setelah proses selesai, pastikan anda hantar email kepada Ib dan juga broker untuk pastikan akaun live anda didaftar di bawah IB yang anda pilih.

Saya cadangkan 3 IB di bawah untuk anda pilih sebelum buka akaun Forex. 3 IB ni terbukti boleh dipercayai. Bagi yang sudah ada akaun, anda boleh hubungi broker dan beritahu mereka yang anda nak tukar akaun anda ke IB tersebut.


i) www.ZTradefx.com


panduan forex 20


ii) www.fxrebates.com


Forex Rebates


iii) www.cashbackforex.com

Penyata MT4live Untuk FXDD Ada Masalah

Untuk maklumat, penyata MT4 live aku untuk FXDD ada masalah. So, harap korang bersabar sehingga masalah teknikal ini dibaiki kelak.

Jumaat, 11 September 2009

Update Mingguan Result Akaun Live Forex!

Update mingguan di blog ini akan menunjukkan statistik dari segi pasangan matawang yang digunakan dan difokuskan kepada Expert Advisor(robot) dan broker yang digunakan.

i) FAP Turbo
EURCHF = USD 29.07
EURGBP = USD 99.72
GBPCHF = USD 3.05
USDCAD = USD 18.28

ii) Forex Megadroid
EURUSD = USD 13.48

iii) InstaForex (Megadroid & FAP Turbo)
FAP Turbo = USD 85.84
Megadroid = USD 13.48
Total = USD 99.32
Penyata live! boleh dilihat di http://tarapapa1.mt4live.com

iv) FXDD (FAP Turbo)
FAP Turbo = USD 64.28
Penyata live! boleh dilihat di http://tarapapa.mt4live.com

Alhamdulillah minggu ni dapat keuntungan. Tak sabar tunggu minggu depan plak..hehe.
Aku dah ubah setting untuk USDCAD, GBPCHF dan EURUSD untuk lebih power tapi maknanya lebih risiko memandangkan prestasi minggu ni begitu memberansangkan. Aku memang dah set terutamanya USDCAD dan GBPCHF untuk buat lebih trade, tetapi besar kemungkinan akan ada trade yang kalah tapi aku harap ia takkan terjadi. Kalo minggu depan punya trade lagi untung, aku akan kekal setting yang sama untuk minggu2 yang akan datang. Tapi kalau kalah teruk, aku akan ubah kembali setting yang asal. Takut jugak amik risiko ni, tapi dengan buat camni je aku dapat belajar dan tau setakat mana powernya FAP Turbo. Sebenarnya banyak lagi setting yang aku nak try guna FAP Turbo ni, sebab tu aku kena sabar kalau ada rugi.
Minggu depan punya update disebabkan Hari Raya, maybe aku akan publish lewat skit dan di sini aku ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin.





Funscrape.Com | More Selamat Hari Raya Aidilfitri Comments

Kenapa Aku Pilih InstaForex

InstaForex ni sebenarnya dah lama beroperasi dan agak terkenal di kalangan pedagang2 Forex tempatan. Aku pada mulanya tak tau pun dan tak minat kat broker-broker kecil ni. Yang aku nampak semua broker kat US atau UK macam FXDD, FXCM, Forex.com, Alpari UK dan macam2 lagi. Broker2 yang aku sebut ni memang besar dan famous.
Aku mula guna FXDD. Memang pilihan yang ok tetapi tak cukup power untuk FAP Turbo. Aku pun selalu masuk forum FAPT dan macam-macam lagi kaji selidik sehingga aku jumpa 2 orang mamat. Sorang dari Philippines dan lagi sorang dari US rasanya. Dioranglah yang ajar aku cara-cara nak main setting dan macam2 lagi.
Balik pada topik, aku pilih InstaForex sebab spread dia rendah dan payment senang. Spread tu adalah perbezaan antara harga 'bid' dan 'ask' pada platform anda. Pada yang baru belajar. Benda ni sangat penting. Kalau malas nak belajar banyak pun, at least kena tau basic Forex.

Instaforex

Khamis, 10 September 2009

Update Terkini Akaun Forex

Untuk Update terkini minggu ini dari 7hb(Isnin) Sept 09 sampai sekarang:

InstaForex: Untung USD 72.28 -> live statement http://www.tarapapa1.mt4live.com
FXDD: Untung USD 53.92 ### live statement tidak boleh papar sebab masalah teknikal

Alhamdulillah bulan ni memang BEST!

AIM Trust (High Yield Investment Program)

Aku baru saja melabur dalam HYIP yang kian terkenal sekarang iaitu AIM Trust. Setelah kaji dan selidik reputasi dan rekod bayaran diorang, aku buat keputusan untuk labur dan juga 'promote'kan link dia dalam website dan blog aku.
Sememangnya HYIP lebih berisiko tinggi dari Forex dan kebanyakan syarikat yang menguruskannya memang penipu. Tetapi memang ada syarikat yang ok dan betul2 buat payment kat customernya. Yang penting, kita sebagai pelabur kena tau macam-mana nak uruskan wang kita. Contohnya, ada RM10k, pastu labur semua serentak.. itu cari nahas namanya. Memang kalau lagi tinggi pelaburan kita, lagi cepat untung dan kaya, tapi bayangkan kalau tiba2 company tu lesap.
So, pastikan mula dengan skit2. Pastikan payment masuk 2-3 bulan. Pastu, kuarkan modal dan labur kembali. Melabur cara bijak dan jangan tamak sangat.
AIM Trust ni mengaku berpejabat di Panama dan labur dalam gas dan minyak. Boleh dapat duit untung sama ada harian, mingguan,, bulanan atau sampai tempoh matang 9 bulan.

Rabu, 9 September 2009

Kebangkitan Akaun Live Aku!

Start minggu ni memang aku rasa confiden dan happy dengan kedua2 akaun forex aku kat InstaForex and FXDD. Walaupun skang ada 'drawdown skit' takpe asal kan dalam jangka panjang untung balik.
Setakat ni aku kira modal aku main Forex sejak awal Jun banyak gak.
500+450+300+300= USD1550!!!
Dari modal banyak tu aku cuma ada lebih kurang USD700 saja skang. Memang menyedihkan, tension semua ada. Banyak turun naik. Paling tinggi akaun aku pernah adapun USD2000 pastu turun balik kejap je. Tapi aku tak kisah pasal banyak aku rugi pun sebab buat testing setting, belajar buat manual trading (manual trading buat aku rugi USD500!) dan test macam2 robot. Skang aku dah matang skit dalam Forex. So, tak sia2 la aku susah payah.
Kalo tengok website aku www.freestylecash.com memang tak berapa lengkap lagi. Website pun baru sangat aku buat. Takda masa nak update sebab busy kerja. Apa pun aku skang rasa hidup dengan semangat baru dalam Forex ni sebab aku dah jumpa robot favourite aku dan setting yang mantap. Harap boleh la FOrex nih jadi side income aku yang lumayan..