Rabu, 7 Oktober 2009

Renungan Semua..


Saya tahu yang kita sedang mengalami masa yang susah dalam Forex sekarang (kepada yang berjaya, tahniah) dalam beberapa minggu ini dan walaupun saya hendak cakap benda ni Nampak macam akan berakhir, yang sebenarnya kita masih belum pulih lagi. Minggu-minggu yang dating akan menyaksikan jumlah berita forex yang banyak yang akan member kesan dalam dagangan Forex, tambah pula dengan mesyuarat IMF ada potensi untuk member berita yang tak di duga.
Pada masa ini tahun lepas saya masih ingat kita berada dalam suasana ekonomi yang tenang dan stabil tetapi semuanya tiba2 berubah dan seperti dunia nak terbalik! Nampak macam market ketika itu hendak runtuh. Saya takkan lupa pergerakan yang berlaku pada masa itu kerana ketika itu saya main saham dan teringat pada masa itu saya berada depan computer dan terkejut dengan pergerakan saham yang menjunam tanpa kawalan.
Saya sebenarnya tak suka bagi penjelasan mengenai prestasi buruk dalam pasaran kerana akhirnya ia bergantung pada diri kita sendiri, strategi dan ada orang cakap “pasaran tidak pernah salah”. Walau bagaimana pun, saya harap anda boleh melihat potensi dari masalah yang ada sekarang berbanding drama yang berlaku dalam masa 12 bulan sudah. Sekarang semua orang macam berdebar-debar menanti apa yang akan berlaku hingga hujung tahun ini. Adakah hujung tahun ini akan menyaksikan ekonomi bertambah elok atau berlaku keruntuhan berturut-turut dalam ekonomi? Ke arah manakah matawang kita pergi? Ada sesiapa perasan perasaan tension yang tinggi sedang berlaku dalam pasaran sekarang?
Jika anda adalah seorang trader manual, sekarang adalah masa terbaik untuk ambil kesempatan dari harapan debar2  yang berlaku dari pasaran sekarang. Jika anda seorang auto trader seperti saya pula, sekarang adalah masa terbaik untuk megira balik tahap risiko dan pastikan anda sedang gunakan pelan pengurusan wang yang baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan